pahangdaily pahangdaily Author
Title: Himpunan Tangkap MO1: Sembilan Individu Di Soal Siasat Polis
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Sembilan individu dipanggil pada Khamis bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan "Tangkap MO1" baru...

KUALA LUMPUR: Sembilan individu dipanggil pada Khamis bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan "Tangkap MO1" baru-baru ini.
Mereka terdiri daripada enam pelajar, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong; Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd Yusof, yang hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi memberi keterangan pada kira-kira pukul 11 pagi.
Anis Syafiqah berkata, dia disoal siasat berhubung ucapan yang dibuatnya semasa perhimpunan itu.
Nik Nazmi berkata, mereka diberitahu terdapat tiga pertuduhan terhadap mereka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Hasutan.
"Kita kesal dengan dakwaan ini kerana demonstrasi dilakukan secara aman," katanya sebelum keterangannya diambil.
Sesi soal siasat berlangsung selama kira-kira dua jam.
Peguam yang mewakili Nik Nazmi, Adi Zulkarnain Zulkafli berkata, anak guamnya disoal siasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman di atas kegagalan memberikan notis selama 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan.
Peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Anis Syafiqah dan para pelajar itu berkata, anak guamnya disoal siasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.
"Polis berkata, pertuduhan tersebut mungkin memasukkan kesalahan di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan dengan menggugat demokrasi berparlimen," katanya.
Ditanya sama ada perhimpunan itu "dirampas" oleh ahli politik pembangkang, Anis Syafiqah menafikannya dan ahli politik terbabit hanya dibenarkan berucap di hadapan kompleks membeli-belah Sogo dan Masjid Jamek, manakala kumpulan pelajar berucap di lokasi utama perhimpunan di Dataran Merdeka. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top