pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hina Kematian Dr Harun Din, Jeff Ooi Di Bebaskan Dengan Jaminan Polis
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN:  Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (DAP)  dibebaskan dengan jaminan polis berhubung tweetnya yang didakwa menghina kematian...

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (DAP)  dibebaskan dengan jaminan polis berhubung tweetnya yang didakwa menghina kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Beliau telah ditahan pada pukul 2.40 petang Selasa selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town untuk disoal siasat.

Peguam Ooi, R.S.N. Rayer berkata, ahli Parlimen itu berada di bawah jaminan polis selama sebulan bermula Selasa selepas memberi keterangan.

"Tidak ada pendakwaan rasmi telah difailkan dan Ooi disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 256 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," kata Rayer kepada pemberita di luar ibu pejabat polis di sini.

Rayer enggan mengulas ketika ditanya sama ada Ooi akan didakwa.

"Saya tidak akan mengulas tentang itu tetapi Ooi telah disoal siasat selama empat jam dan polis telah merekodkan keterangannya," kata Rayer.

Ooi menjadi perhatian berhubung tweet yang dikatakan menghina pemergian Haron - 'Adios Harun Din. Let there be peace.' 

Terdapat lebih dari 50 laporan polis dibuat terhadap Ooi berhubung isu itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Tuesday, September 20, 2016 10:21:00 PM

Apa!? Dibebaskan dgn jaminan polis...??? Kalau takde kes cakap le takde kes......elok pergi soal ali tinju la pulak yg dok ugut2....

 
Top