pahangdaily pahangdaily Author
Title: Keluarga Mangsa: Jangan Jadikan Nahas Go-Kart Modal Kaut Duit !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Keluarga mangsa kemalangan go-kart Perlumbaan Inovasi Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace 2016) tidak pernah membe...
KUANTAN: Keluarga mangsa kemalangan go-kart Perlumbaan Inovasi Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace 2016) tidak pernah membenarkan sebarang kutipan dana seperti tersebar di Facebook.
Wakil keluarga itu yang tidak mahu dikenali berkata, mereka mula menyedari perkara itu sejak petang semalam dan menyifatkan kegiatan berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab.
“Kami menafikan ada membenarkan sebarang usaha mengutip dana atau apa sahaja tindakan yang disebarkan individu atau pihak tertentu. Kalau ada sekalipun pihak yang ingin membantu, sila datang berjumpa kami dahulu.
“Jangan gunakan insiden ini sebagai modal meraih untung. Tindakan ini boleh menjatuhkan nama baik dan jejas pandangan orang terhadap keluarga kami, terutamanya isteri mangsa,” katanya di Astana Permai hari ini.
Pada jam 11.30 pagi Ahad lalu, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 4, maut akibat dirempuh go-kart ketika menonton perlumbaan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.
Kejadian yang didakwa berlaku apabila 3 go-kart bergesel sesama sendiri itu turut mencederakan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Izz Danial, 7.
Berhubung keadaan keluarga mangsa, sumber berkata, Siti Suhaiza masih trauma dan banyak menghabiskan masa di dalam bilik, manakala Muhammad Izz Danial dijangka keluar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, tidak lama lagi.
Beliau berkata, pihaknya tidak berbincang atau membuat keputusan berhubung tindakan terhadap penganjur atau tuntutan insurans, kerana keutamaan mereka ialah memastikan Siti Suhaiza kembali stabil.
“Kami harap semua pihak dapat faham situasi dihadapi kami dan menghormati privasi keluarga mangsa. Berikan kami masa untuk selesaikan perkara ini satu demi satu,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top