pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kes Bas Terbabas Rabu Lalu, Seorang Pelancong Singapura Maut
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BENTONG: Seorang pelancong Singapura yang terbabit dalam kemalangan bas persiaran terbabas di Lebuhraya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi, Ra...
BENTONG: Seorang pelancong Singapura yang terbabit dalam kemalangan bas persiaran terbabas di Lebuhraya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi, Rabu lalu, meninggal dunia hari ini.
Menurut laporan China Press, lelaki berbangsa Cina berusia 62 tahun itu yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala ketika kejadian, meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi tadi.
Anak lelaki mangsa tiba di Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut jenazah mangsa yang dijangka dihantar pulang ke Singapura hari ini.
Sementara itu, seorang lagi mangsa cedera dari Singapura yang turut menerima rawatan di hospital sama kini dalam keadaan stabil dan masih dipantau doktor.

Seramai 13 pelancong Singapura dan seorang pemandu warga tempatan cedera, selepas bas persiaran itu terbabit dalam kemalangan di Km31.3, Lebuhraya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi, pada 31 Ogos lalu.
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor, bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara, ketika kemalangan berlaku kira-kira jam 4.17 petang dipercayai akibat pemandu hilang kawalan dan terbabas, sebelum melanggar tembok menyebabkan bas berkenaan terbalik.
Semua mangsa cedera dibawa ke empat hospital, iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Bentong dan Hospital Selayang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top