pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ketua Polis Negara: Tiada Militan Mendarat Di Pantai Timur Sabah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA:  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid menafikan khabar angin bahawa militan dari selatan Filipina mendarat di pantai timur Sa...

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid menafikan khabar angin bahawa militan dari selatan Filipina mendarat di pantai timur Sabah. 
"Ia hanya khabar angin. Beratus, beribu orang dari selatan Filipina datang ke Sabah menerusi pintu masuk yang sah.
"Adalah normal bagi mereka bergerak antara selatan Filipina dan pantai timur Sabah.
"Kita pantau mereka yang datang menerusi pintu masuk dan akan mengambil tindakan segera sebaik kita mengesan sebarang elemen keganasan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Dilaporkan, mesej-mesej palsu di media sosial mendakwa penceroboh berada di negeri itu, sekali gus memberi amaran kepada orang ramai.
Mesej-mesej WhatsApp mengenai beberapa topik, termasuk lanun-lanun dikesan di sepanjang pantai timur Sabah dan dua anggota Abu Sayyaf ditahan di Kinabatangan.
Bagaimanapun, ia segera dinafikan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Komander Esscom, DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menggesa orang ramai supaya bertenang dan mendapatkan pengesahan dengan Pusat Operasi Esscom di talian 089-863181. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top