Konsesi Lebuhraya Nafi, Jalan Selepas Terowong Genting Sempah Mendap


KUANTAN: Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Anih Berhad hari ini, menafikan dakwaan bahawa jalan selepas terowong Genting Sempah arah Kuala Lumpur-Kuantan mendap seperti yang tersebar di laman sosial WhatsApp.

Jurucakapnya berkata berita itu palsu dan pengguna jalan raya boleh mengikuti perkembangan berkaitan berita dan trafik menerusi Twitter @LPTTrafik.

Dakwaan jalan mendap itu tersebar semasa orang ramai dijangka akan menggunakan laluan itu yang merupakan laluan utama ke pantai timur untuk pulang ke kampung sempena Aidiladha Isnin ini.  

Selain dikatakan jalan mendap, dakwaan itu turut meminta mereka yang berhajat pulang ke kampung untuk mencari laluan alternatif kerana bimbang jalan akan ditutup sekiranya hujan berterusan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]