pahangdaily pahangdaily Author
Title: Latheefa: Kritikan UMNO Terhadap Peguam Anwar, Bukti Konspirasi Politik
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM:   Kritikan pihak-pihak tertentu dalam Umno terhadap peguam Amerika Syarikat, Kimberley Motley membuktikan terdapat konspira...

SHAH ALAM:  Kritikan pihak-pihak tertentu dalam Umno terhadap peguam Amerika Syarikat, Kimberley Motley membuktikan terdapat konspirasi politik terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Ketua Umum KEADILAN itu, Latheefa Koya, berkata ugutan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunus jelas merupakan cubaan menakut-nakutkan dan menghalang Kimberley daripada melakukan tugasnya sebagai penasihat undang-undang antarabangsa
Katanya, tindakan itu juga seolah memperkecilkan sistem perundangan sedia ada seterusnya mengganggu proses penghakiman.
“Bukan sahaja Anwar dipenjarakan tetapi nampaknya Umno nekad untuk menidakkan haknya mendapatkan peguam pilihannya sendiri.
“Majoriti rakyat dan masyarakat global percaya Anwar tidak bersalah atas tuduhan mengarut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Latheefa berkata, Umno harus bertanggungjawab terhadap kenyataan terbaru Jamal itu.
“Serangan ini bukti Umno terdesak. Mereka tidak boleh berpura-pura seolah-olah kenyataan ini tiada kaitan dengan Umno.
“Serangan ini juga jelas membuktikan konspirasi politik terhadap Anwar,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Miss Vee said... Sunday, September 18, 2016 12:38:00 AM

Tips Mengetahui Wanita Yang Vaginanya Sempit
>>> KLIK HERE !! <<<

 
Top