pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lim Guan Eng: DAP Amat Kesali Kenyataan Tidak Sensitif Jeff Ooi FMT
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: DAP hari ini melahirkan rasa kesal diatas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi berhubung pemergian bekas Mursyidul ...
PETALING JAYA: DAP hari ini melahirkan rasa kesal diatas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi berhubung pemergian bekas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semalam.
Setiausaha Agung Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan kenyataan ahli partinya itu sebagai “tidak sensitif”.
Beliau memaklumkan bahawa Jeff Ooi sudah memadamkan twitter kontroversi itu, dan berkata DAP turut bersimpati atas kesedihan yang ditanggung ahli keluarga dan rakan Haron Din.
“Meski kami sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik, DAP yakin dan percaya bahawa Allahyarham telah menyumbang kepada agama Islam.
“Sekali lagi saya menitipkan belasungkawa buat Allahyarham sekeluarga bagi pihak seluruh keluarga besar DAP, dan berharap agar rohnya ditempatkan bersama para orang soleh.
“Saya juga ingin melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluara sekiranya tersinggung dengan apa yang berlaku berkaitan tweet Saudara Jeff kerana ini tidak mewakili pendirian parti,” katanya.
Ooi dilapor mengatakan “Adios Harun Din. Let there be peace” di Twitter pada Jumaat, mencetuskan bantahan kerana dianggap biadab.
Awal hari ini, beliau memberitahu : “Saya tidak lihat ada isu mengenai kenyataan itu. Cuba pergi lihat di laman Twitter dan Facebook saya.
“Laman itu adalah kerja photoshop dia orang. Saya hanya akan memuat naik status menerusi laman Facebook rasmi saya,” katanya kepada FMT hari ini.
Dalam satu kenyataan yang dilapor The Star Online, Ooi menjelaskan tiada niat untuk perkecilkan Haron atau keluarganya, cuma mahu menyampaikan selamat tinggal kepada Haron.
Beliau menjelaskan tiada niat untuk perkecilkan Haron atau keluarganya, dan cuma mahu menyampaikan selamat tinggal kepada Haron.
Jelasnya beliau membuat kenyataan itu semasa berkongsi twit orang lain, dan kemudian menyingkirkan komen orang itu dan membuat twit baharu, yang tertulis: “Received a personal call a while ago. So… Farewell. Let there be peace.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Sunday, September 18, 2016 9:11:00 AM

Tiada tindakan disiplin ke tuan SU? Kalau mcm ni lah cara tangani kesalahan, mcm sama saja dgn parti memerintah sekarang. Elok lah ada hukuman bagi mengelak dari negara lekas haru biru jika anda berpeluang memerintah nnt.

 
Top