pahangdaily pahangdaily Author
Title: Liow Sahkan Serpihan Yang Di Jumpai Di Tanzania Milik MH370
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEPANG: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di luar pantai di Tanzania mil...
SEPANG: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di luar pantai di Tanzania milik MH370 yang hilang sejak 2 tahun lalu.
Menurut Liow nombor siri dan cop tarikh pada bahagian dalam serpihan Boeing 777 pada bahagian sayap flap disahkan oleh kedua-dua Boeing dan pengeluar peruncitannya sebagai milik Boeing Malaysia Airlines.
“Ini bermakna kita perlu mengkaji bagaimana kemalangan itu berlaku. Adakah ia terjun ke dalam laut dengan kawalan atau tanpa kawalan. Semua ini akan dianalisis secara terperinci dan kami harap boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dari penemuan serpihan ini, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan AirAsia Airbus A320NEO hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Victoria Marguerite Treadell dan Duta Besar Perancis ke Malaysia, Christophe Penot.
Pada Julai lalu, sekeping serpihan pesawat yang dipercayai sayap flap ditemui di Pulau Pemba, Tanzania, di Lautan Hindi.
Bahagian itu kemudiannya dihantar ke Australia dan dianalisis oleh Biro Pengangkutan dan Keselamatan (ATSB).
Dalam bulan yang sama, Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester berkata, serpihan itu kemungkinan besar dari MH370 yang hilang.
Setakat ini, serpihan dipercayai dari MH370 ditemui terdampar di Pulau Reunion, Mozambique, Mauritius dan Afrika Selatan.
Penerbangan MH370 hilang pada Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal selepas berlepas dari Kuala Lumpur dan menuju ke Beijing.
Kebanyakan penumpang MH370 dari China. Terdapat 50 rakyat Malaysia dalam pesawat. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top