Maahad Tahfiz Darul Fikri Amat Perlukan Dana Sebanyak RM30,000


KUANTAN: Maahad Tahfiz Darul Fikri memerlukan sumbangan orang ramai untuk kerja pemasangan sistem pendawaian di sekolah tersebut.

Pengurusnya, Rosli Abdul Jabbar berkata, dana berjumlah kira-kira RM30,000 perlu disediakan untuk sistem pendawaian dan menyediakan barangan elektrik bagi kegunaan pelajar maahad tersebut yang akan mula beroperasi dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, pihaknya kini berusaha mengumpulkan dana tersebut bagi membolehkan kerja-kerja itu diteruskan.

“Pembinaan maahad ini dimulakan sejak Februari lalu dan sudah hampir 90 peratus siap.

“Jadi kami harap orang ramai menyalurkan dana bagi membolehkan satu pusat pengajian agama dapat diwujudkan di daerah ini,” katanya kepada pemberita, di sini.

Menurutnya, sumbangan bukan hanya dalam bentuk kewangan sahaja malah pihaknya turut menerima bantuan peralatan dan bahan binaan.

“Kalau ada individu atau agensi mahu bagi bantuan peralatan, mereka boleh hubungi kita terlebih dahulu untuk mengetahui keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata, sekolah yang  dibina di atas tanah seluas 0.8 hektar itu dijangka dapat menampung lebih 80 pelajar.

Katanya, beliau berhasrat melahirkan lebih ramai pelajar yang mendalami ilmu agama.

Sumbangan oleh disalurkan menerusi nombor akaun Maybank 556226411401 dan Mualamat, 06010034885721 atas nama Maahad Tahfiz Darul Fikri. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]