Mahdzir Khalid: Individu Yang Bercumbu Dalam Video Bukan Guru


KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.
Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Khamis.
Beliau berkata, rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.
"Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu," katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau.#sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]