pahangdaily pahangdaily Author
Title: MB Bayang Tidak Tanding PRU-14, Dakwa Dia Memang Patut Bersara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KOTA BHARU:  Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membayangkan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-...

KOTA BHARU: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membayangkan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
Adnan berkata hasrat itu dibuat kerana beliau sudah lama membabitkan diri dalam politik iaitu lebih 30 tahun.
Bagaimanapun, katanya setakat ini beliau melihat belum ada calon yang sesuai untuk menggantikannya tempatnya sebagai menteri besar, lapor BH Online hari ini.
"Saya sudah lama berpolitik, kalau saya bersara pun patut," katanya ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ketereh 2016 di Dewan Tun Abdul Ghaffar Baba Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat, Kota Bharu hari ini.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Ketua Penerangan Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Ketereh, Mohd Azam Ismail.
Bagaimanapun Adnan berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan parti dan akan meneruskan gerak kerja memperkasakan Umno di Pahang dan seluruh negara.
Semalam, Adnan membuat kejutan dalam sidang Dewan Undang Negeri Pahang apabila mengangkat kaki dan mengepit pen menggunakan jari kakinya.
Tindakan itu dilakukan bagi menjawab dakwaan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan.
"Saya berpendapat, walaupun kesihatan saya masih hebat, namun tidak ramai dapat melakukan begini," katanya dipetik dari rakaman audio yang diperoleh Malaysiakini.
Turut kedengaran ada ADUN wanita dalam dewan berkenaan beristighfar apabila Adnan bertindak di luar jangkaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top