pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mesej, Audio Viral Pencerobohan Tidak Benar - Komander Esscom
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
LAHAD DATU:  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meminta orang ramai tidak mempercayai mesej dan audio yang diviralka...

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meminta orang ramai tidak mempercayai mesej dan audio yang diviralkan melalui aplikasi WhatsApp kononnya berlaku pencerobohan di Lahad Datu dan Sandakan.

Komander Esscom, DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata ini kerana perkara yang disebarkan sejak semalam itu adalah tidak benar sama sekali.

"Tidak ada apa-apa yang berlaku sepertimana yang diviralkan dalam audio dan sebagainya...Abaikan WhatsApp viral sedemikian," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Ditanya sekiranya viral itu timbul ekoran latihan yang dijalankan daripada Esscom beliau menafikan perkara itu.

"Kami tiada buat latihan pun...tiada apa yang berlaku...selepas kekecohan ini timbul, kami terpaksa mengesahkan perkara ini dengan pejabat polis daerah  untuk kesahihannya," katanya lagi.

Katanya, orang ramai tidak perlu panik dan boleh menghubungi Pusat Operasi Esscom (089-863181) atau ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan maklumat sahih.

Semalam, satu audio berlatarkan suara lelaki menjadi viral selepas meminta orang ramai tidak pergi ke kawasan bandar atau tepian pantai berikutan kononnya berlaku pencerobohan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top