pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din Meninggal Dunia Di Amerika
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun. Beliau dikenali sebagai seorang agamawan...
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun. Beliau dikenali sebagai seorang agamawan yang tegas dan arif dalam bidangnya.
Beliau meninggal dunia di Hospital Stanford University di California, Amerika Syarikat 10.10 pagi tadi, menurut kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan.
“Semoga Allah mencucuri rahmatNya dan mengampuni almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hambaNya yang soleh.”
Lahir di Bohor Mali, Perlis pada 18 Ogos 1940, Haron dibesarkan dalam keluarga yang kuat mengamalkan ajaran Islam, beliau adalah anak ketiga daripada 10 orang adik beradik.
Ayah dan ibunya mengajar Al-Quran kepada masyarakat setempat, abangnya Ishak Din dan Abu Hassan Din juga tokoh agama tanahair yang terkenal.
Selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Syariah dan Diploma Pendidikan secara serentak daripada Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah, Haron memulakan kerjaya hidupnya sebagai pendidik di Kementerian Pelajaran sebagai seorang guru agama.
Buku panduan ibadah yang ditulisnya masih menjadi rujukan sehingga ke hari ini, dan Haron terkenal sebagai pengamal perubatan kerohanian — kemahiran yang diwarisi dari bapanya, Lebai Din.
Beliau bergiat aktif dalam PAS sejak 1974, dan menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dari 1975 hingga 1983.
Beliau bertanding kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya umum 2004 dan 2008, namun tewas dengan beza undi yang kecil menentang Barisan Nasional.
Kemuncak kerjaya politiknya menyaksikan Haron menjadi Mursyidul Am pada 9 Mac tahun lalu, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebagai pembimbing parti Islam, Haron memainkan peranan penting dalam merapatkan PAS dan parti seteru, Umno.
Haron dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat dalam Unit Rawatan Rapi semasa menjalani rawatan jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khadijah Md Salleh dan lima orang anak. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top