pahangdaily pahangdaily Author
Title: Najib Akui Hari Malaysia Lebih Bermakna, Banyak Projek Pembangunan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak menyifatkan sambutan Hari Malaysia tahun ini lebih bermakna kerana pelbagai projek pembangunan di ...
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan sambutan Hari Malaysia tahun ini lebih bermakna kerana pelbagai projek pembangunan di bawah Program Transformasi Negara sudah menampakkan hasil.
Dalam perutusan bersempena Hari Malaysia hari ini, Perdana Menteri berkata dalam masa 7 tahun ini, pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan dan menjadi asas kepada struktur kukuh ekonomi negara.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi memudahkan rakyat Malaysia saling berhubung, kerajaan membangunkan projek Mass Rapid Transit (MRT), projek Transit Aliran Ringan LRT 2 dan 3, serta Bas Rapid Transit.
“Pembinaan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan bandar-bandar utama dari Kuala Lumpur ke Singapura akan meningkatkan aktiviti ekonomi di sepanjang laluan berkenaan termasuk menaikkan nilai hartanah di bandar-bandar persinggahan.
“Selain itu, Lebuhraya Pantai Timur dipanjangkan lagi dengan pembinaan fasa ke-2 sepanjang 185 kilometer (km) manakala di Sabah dan Sarawak, Lebuhraya Pan Borneo sedang dibina bagi meningkatkan aktiviti ekonomi di sana,” katanya menerusi ucapan audio dalam laman blog rasminya www.najibrazak.com, hari ini.
Najib berkata bagi memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi di ibu negara, bangunan pencakar langit ikonik seperti KL118 dan Tun Razak Exchange sedang dibina.
Kerajaan turut membina lebih banyak rumah mampu milik seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Transit.
“Bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan, kita membina lebih banyak Klinik 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.
“Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pula dibina bagi memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan kerajaan,” katanya sambil menyifatkan pembangunan itu membolehkan ekonomi negara kekal utuh walau diasak pelbagai faktor luaran.
Beliau berkata walaupun dikritik, kerajaan terus komited mengukuhkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top