Nurul Izzah: Peguam Amerika Syarikat Tawar Diri Percuma Bela Anwar


SHAH ALAM: Peguam dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley menawarkan diri untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim secara percuma ekoran keyakinan beliau terdapat banyak bukti menunjukkan Ketua Umum Parti Keadilan Nasional (KEADILAN) itu tidak bersalah.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata keadaan itu menjadikan Kimberley melihat Anwar wajib diberikan pembelaan sewajarnya.
“Peguam antarabangsa Kimberley Motley sebelum ini dah bertapak di Afghanistan menawarkan diri untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang wajib dibela.
“Beliau menawarkan diri secara percuma,” kata Nurul Izzah hari ini.
Jelasnya, sebelum ini Kimberley mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan kes pembelaan terhadap gadis dizalimi dan tahanan politik di Afghanistan.
Nurul Izzah berkata, beliau dimaklumkan Kimberley juga sedia mendapatkan kerjasama dengan beberapa peguam tempatan untuk mendapatkan fail dan fakta kes. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]