pahangdaily pahangdaily Author
Title: Orang Asli Kg.Kedaik Mahu Adnan Kekal MB, Tak Yakin Penggantinya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MUADZAM SHAH: Masyarakat Orang Asli di Kampung Kedaik Asal dan sekitarnya tidak yakin dengan bakal pengganti Menteri Besar Pahang, Datuk...

MUADZAM SHAH: Masyarakat Orang Asli di Kampung Kedaik Asal dan sekitarnya tidak yakin dengan bakal pengganti Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan mahu beliau terus memimpin negeri.

Mereka berpandangan bahawa Adnan merupakan seorang yang prihatin dengan masalah dihadapi Orang Asli terutama di Rompin dan telah banyak tindakan diambil bagi menyelesaikannya.

Setiausaha bertindak masyarakat Orang Asli, Kon Licin, 54, berkata, masyarakat Orang Asli di sini tetap menyokong penuh kepimpinan Adnan dan mahu beliau terus berkhidmat kepada rakyat.

Menurutnya, jika beliau mengambil tindakan untuk tetap berundur, mereka menegaskan tidak mustahil sokongan masyarakat peribumi itu di Rompin atau mungkin di daerah lain kepada parti pemerintah akan bertukar.

"Sepanjang dia berkhidmat sebagai MB, sudah terbukti dia merupakan seorang yang bertanggunhjawab apabila banyak masalah Orang Asli di sini telah diselesaikan seperti membina jambatan dan balai raya untuk kegunaan penduduk," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, wakil penduduk Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kedaik, Merah Awang Lamat, 62, turut menegaskan beliau dan penduduk lain masih bergantung dengan Adnan untuk masalah-masalah berbangkit melibatkan Orang Asli.

"Kami berharap sangat Datuk Seri Adnan tidak berundur kerana dia tempat kami bergantung harap menyelesaikan masalah-masalah yang masih berbangkit. Jika dia berundur juga, mungkin kami tidak undi 'dacing' dah," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top