pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pakatan Harapan Sedia Lantik PM Sementara Untuk Gantikan Anwar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Pakatan Harapan akan mempertimbangkan cadangan untuk melantik Perdana Menteri sementara jika pilihan utama mereka, Dat...

PETALING JAYA: Pakatan Harapan akan mempertimbangkan cadangan untuk melantik Perdana Menteri sementara jika pilihan utama mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan kekangan menduduki jawatan itu jika pembangkang memenangi pilihan raya umum kali ini.
Perkara itu disuarakan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Facebook pada Rabu.
"Calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika beliau dihalang menjalankan tugas kerana dipenjara, mungkin boleh melantik Perdana Menteri sementara," jelasnya.
Kenyataan Saifuddin itu dikeluarkan selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Presiden parti tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipilih sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang.
Pemilihan Muhyiddin, kata Mahathir, bergantung kepada sokongan parti dan pakatannya.
Dalam pada itu, Saifuddin menyamakan kes Anwar seperti Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang pernah dilarang menjadi Perdana Menteri selepas parti pimpinannya menang pada pilihan raya 2002 selain dihalang terlibat dalam politik.
Kemudian Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri sementara sehingga kerajaan beliau menghapuskan larangan ke atas Erdogan pada 2013.
"Pada masa ini, lebih baik menumpukan perhatian untuk membentuk gabungan pembangkang yang lebih besar," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top