pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: Adnan Gugur?, "WhatsApp" Pahang Dapat MB Baru Tersebar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Kenyataan panas Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang membayangkan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan R...

KUANTAN: Kenyataan panas Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang membayangkan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang kini semakin hangat diperkatakan oleh pemerhati politik di sini. 

Ramai yang terkejut, malah ramai juga yang tidak sabar-sabar untuk menunggu Adnan mengotakan janjinya itu. Malah, dikalangan penyokong UMNO sendiri nampaknya ada yang tidak sabar-sabar lagi untuk melihat kenyataan Adnan itu menjadi kenyataan. 

Namun, lewat malam tadi satu lagi berita panas pula tersebar berkaitan pengguguran Adnan sebagai Menteri Besar Pahang dan tempatnya akan digantikan dengan calon baru.  Di fahamkan perkara tersebut sudah diviralkan di media sosial terutamanya WhatsApp. 



"Still undercovers...Pahang will be getting a new MB next week, letter of appointment ready...minor shockwaves expected".




"More of less confirmlah... Nan dah postpone semua meeting yang dia terlibat dan surat pun dah siap. Tunggu Rosmah... silap Najib setunju dan tt. A major change nak atasi. Ketidakupayaan Nan membendong a number of critical an vote losing issues".



"Pekan, already confirmed...apparently Nan knew it an cancelled all scheduled meetings.. hopefully to facilitate smooth transition. Most of us are midly surprised at the choice as there were other front runners. But there must be solid political reasosn. Tje states is going thru sad times...so many sad stories".

Jika benar dakwaan ini, bermakna Pahang akan mendapat Menteri Besar baharu menjelang PRU-14 akan datang. Harus diingat ketika video Muhyiddin dalam satu program UMNO di Janda baik tersebar tahun lepas, Adnan adalah salah seorang pemimpin yang berada dalam majlis tersebut. Malah, Janda Baik terletak dalam kawasan Bentong yang mana beliau ialah Ketua UMNO bahagian itu. 

Namun, tidak dapat diketahui apakah benar Adnan digugurkan kerana beliau sebelum ini dilihat tidak sebulu dengan Najib atau sebaliknya. Malah sebelum ini juga ada tersebar perbualan whatsApp Adnan dengan seorang pegawai polis yang memperlekehkan kelibat Rosmah Mansor itu sendiri. Apakah isu ini menjadi salah satu faktor Adnan mahu digugurkan?. 

Apapun, kita nantikan perkembangan panas ini dalam masa terdekat. Isu pertukaran MB di Pahang memang sudah lama diperkatakan. Cuma, mungkin hubungan erat Adnan dengan Istana menyebabkan ia tidak menjadi kenyataan. Tapi, apakah kali ini benar-benar terjadi?. Sama-sama kita tunggu perkembangan panas ini. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

Miss Vee said... Sunday, September 18, 2016 12:40:00 AM

Tips Mengetahui Wanita Yang Vaginanya Sempit
>>> KLIK HERE !! <<<

Anonymous said... Wednesday, September 21, 2016 7:38:00 PM

Semoga Datuk Sharkar yg naik jadi MB nanti, dia calon plg layak sebenarnya..

 
Top