pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: Jika Adnan Gugur, Kenapa Shahiruddin Nampak Berpotensi Jadi MB Pahang ?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Susulan berita panas yang PDO paparkan berkenaan isu MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berkemungkinan besar digugurkan dari jawata...

Susulan berita panas yang PDO paparkan berkenaan isu MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berkemungkinan besar digugurkan dari jawatannya maka secara tiba-tiba blog ini yang pernah mencetuskan banyak kontroversi suatu ketika dulu tiba-tiba kembali di beri perhatian oleh para pembaca.

Apa tidaknya, ramai yang sudah menjangka perkara ini pasti terjadi dan bukan hanya ramalan seperti sebelum ini. Jika dulu, ramalan Adnan akan ditukarkan tidak menjadi kenyataan kerana hubungan beliau yang cukup akrab dengan "istana Pahang". Tapi kali ini situasinya jauh berbeza. 

Malah, sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari UMNO dulu pun memang berita pengguguran Adnan sudah kedengaran di sana sini. Malah blog UMNO sendiri iaitu www.mykmu.net ada melaporkan berita ini pada Julai 2015. Kemudian berita tersebut dipetik pula oleh blog popular freemalaysiatoday di bawah tajuk "Blog UMNO ramal Mukhriz, Adnan digugur Menteri Besar".


Dalam artikel tersebut ada menyatakan "Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dijangka digugurkan, lapor blog pro UMNO, MYKMU.Net. Mukhriz dijangka digantikan Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah yang menjadi ADUN Bakar Bata sejak 1999".

Biar pun ia sekadar khabar angin, namun akhirnya sah Mukhriz digugurkan dan digantikan dengan Ahmad Bashah untuk jawatan MB Kedah. Namun di Pahang, ia  mungkin tertangguh kerana beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan. Namun, kini kemungkinan besar ianya menjadi kenyataan berdasarkan kepada senario semasar. 

Malah, ramalan kami bahawa Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri yang juga ADUN Dong, Dato' Seri Shahiruddin Ab. Moin bakal mengantikan Adnan juga ada dalam artikel tersebut.

Ini kerana Shahirudin merupakan Ketua Bahagian UMNO yang pertama membatalkan jemputan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Beliau membatalkan jemputan tersebut sebelum rombakan kabinet lagi. Baca laporan Sinar Harian "Sedih tindakan Muhyiddin, Umno Raub batal jemputan"


Dengan tindakan ini, Dato' Seri Shahiruddin Ab. Moin dilihat satu-satunya calon popular yang jelas menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak diketika kemelut politik sedang melanda parti UMNO.  Berbeza dengan Adnan yang membenarkan "Ucapan Muhyiddin Yassin Hentam 1MDB" dalam satu program di Janda Baik, Bentong.


Gara-gara tindakan inilah yang menyebabkan Najib kemungkinan besar agak "murka" dengan tindakan Adnan. Apapun, Adnan bijak menangani isu tersebut dan mula berbaik-baik dengan Najib dalam banyak isu dan program, tidak seperti sebelumnya. Namun, semua itu mungkin gagal memikat hati Najib atau pun Rosmah. 

Inilah faktor yang memungkinkan Adnan digugurkan dalam apa jua cara sekali pun. Kali ini kemungkinan besar ia menjadi kenyataan berdasarkan "suara-suara orang dalam". Namun, sama-sama kita nantikan. Semuanya terletak ditangan Presiden UMNO dan Perdana Menteri sendiri untuk menentukannya. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top