pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: Jika MB Gugur, Shahiruddin Moin "Calon Popular" Ganti Adnan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Susulan tersebarnya perbualan "WhatsApp" bahawa Pahang bakal dapat Menteri Besar baru yang diviralkan sejak semalam...

KUANTAN: Susulan tersebarnya perbualan "WhatsApp" bahawa Pahang bakal dapat Menteri Besar baru yang diviralkan sejak semalam, maka ramai pula yang menghubungi PDO untuk bertanyakan kebenaran cerita tersebut. Maka, kami ingin maklumkan apa yang didedahkan itu ialah "Viral WhatsApps" sahaja, soal benar atau tidak itu terpulang kepada pihak yang berkenaan atau pun "tuan empunya diri".


Paling panas, ada pula yang bertanya sekiranya Adnan digugurkan maka siapakah bakal dilantik menggantikan Adnan?. Inilah persoalan yang sedang bermain di fikiran penganalisis politik sekarang ini. 

Antara nama-nama yang disebut untuk menggantikan Adnan ialah Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau adalah antara calon yang paling rapat dengan Adnan. Malah ADUN Lanchang itu juga kini merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.


Sementara itu calon lain yang juga naik nama ialah Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak, ADUN Benta. Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri. Nama lain, Dato'  Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, ADUN Jelai yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri. 


Turut tersenarai ialah, Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Haji Sharif, ADUN Inderapura yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri. 

Sementara itu, satu nama panas yang pernah disebut-sebut untuk menggantikan Adnan selepas PRU-13 lalu iaitu ADUN Peramu Jaya,  Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali pula namanya tidak begitu menyerlah kali ini. Apa pun segalanya berkemungkinan.


Namun, dalam banyak-banyak senarai nama tersebut calon yang paling panas dan berpotensi ialah Dato' Sri Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, ADUN Dong. Beliau kini memegang potfolio Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri.

Shahriddin dilihat lebih rapat dengan "istana", yang merupakan satu faktor utama untuk mentadbir negeri Pahang sebenarnya. Ramai yang terkejut, bila nama beliau tiba-tiba kembali dilantik dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang dibawah pentadbiran Adnan selepas PRU-13 yang lalu. Beliau adalah orang lama yang dilihat masih berbisa dan amat dihormati oleh kawan dan lawan. 

Sikap tenang dan berhati-hati dalam aktiviti politiknya menyebabkan dia masih disayangi oleh pengundi beliau di DUN Dong, walau pun kerusi parlimen Raub jatuh ke tangan pembangkang (DAP) pada PRU lalu. 


Shahiruddin juga dilihat cukup rapat dengan Perdana Menteri, dan pernah bersama-sama menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah dengan Najib sebelum ini. Ini memberi gambaran betapa akrabnya beliau dengan Najib dan menjadi  kelebihan kepadanya untuk mengeratkan lagi hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat kiranya dipilih sebagai MB kelak.

Kini semua pihak tertunggu-tunggu, siapakah yang bakal menggantikan Adnan jika beliau digugurkan dari jawatan Menteri Besar Pahang. Kiranya benar bayangan nama yang dilaporkan ini, maka rakyat Pahang pasti akan mendapat Menteri Besar yang baru sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang. Sama-sama kita nantikan. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top