pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Status Terkini Jalan Raya Benta - Jerantut
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BENTA: Pas Pahang menggesa kerajaan menjelaskan secara telus status terkini projek naik taraf jalan FT64 yang menghubungkan Benta - Jer...

BENTA: Pas Pahang menggesa kerajaan menjelaskan secara telus status terkini projek naik taraf jalan FT64 yang menghubungkan Benta - Jerantut - Maran.

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Roslan Zainal (foto) berkata, setelah dua kali pilihan raya umum berlalu, nampaknya projek naik taraf laluan terbabit akan terus kekal sebagai projek sakit yang menyakitkan mata dan perasaan rakyat Lipis, Jerantut, dan Maran. 

Menurutnya, projek tersebut terhenti sejak 2009, yang tinggal hanyalah beberapa ‘monumen hodoh’ termasuk sebuah jambatan yang hampir siap merentangi Sungai Par di laluan Jerantut ke Damak.

“Projek naik taraf jalan FT64 adalah penting bukan sahaja untuk memeriahkan pembangunan setempat malah sebagai jalan alternatif sekiranya berlaku bencana seperti banjir besar pada penghujung 2014.

“Pada ketika itu, jalan FT64 menjadi satu-satunya jalan yang boleh dilalui bagi menghantar bantuan ke Jerantut setelah semua laluan lain terputus akibat banjir,” katanya di sini, kelmarin.

Roslan berkata, jalan FT64 adalah salah satu jalan tertua di negeri Pahang yang dikatakan dibina pada 1918 bagi menghubungkan Kuala Lipis yang merupakan ibu negeri Pahang ketika itu dengan Pekan sebagai Bandar Diraja. 

Menurutnya, kini setelah 98 tahun, jalan FT64 ini tidak banyak mengalami penambahbaikan berbanding jalan lain di serata negeri Pahang. 

“Justeru, tidak hairanlah beberapa tempat yang dahulunya tersohor melahirkan tokoh-tokoh masyarakat di sepanjang laluan jalan tersebut seperti Kampung Budu, Jeransang, Kemahang, Batu Balai, Damak, dan Kuala Sentul kini malap dan tersisih daripada kerancakan aktiviti pembangunan sosioekonomi,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top