pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Tidak Menolak Kemungkinan Ahmad Yakob Dilantik Mursyidul Am
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KOTA BHARU:  Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkemungkinan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan...

KOTA BHARU: Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkemungkinan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata pelantikan itu adalah berdasarkan amalan yang berlaku sebelum ini sejak Majlis Syura Ulama dan jawatan tersebut diwujudkan.

"Mengikut sejarah, sejak Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am PAS, sekiranya berlaku kematian, timbalannya akan naik sebagai Mursyidul Am.

"Malah, setakat ini kita tidak mendengar nama lain untuk diangkat sebagai Mursyidul Am," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata tokoh yang akan dilantik memegang jawatan itu akan diputuskan melalui mesyuarat Majlis Syura Ulama dan mendapat persetujuan daripada 15 anggotanya termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Setakat ini kita belum mendapat tarikh bila mesyuarat berkenaan akan diadakan dan jawatan itu kini dipangku Timbalan Mursyidul Am (Ahmad)," katanya.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi Jumaat lepas (waktu Malaysia) di Stanford University Hospital di San Francisco, akibat komplikasi jantung.

Mengenai kenyataan anggota Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Haron, Takiyuddin berkata PAS menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk menjalankan siasatan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top