Peguam Amerika Terima Keizinan Putrajaya Bincang Kes Anwar


SHAH ALAM: Peguam Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kimberley Motley diberi keizinan untuk bertemu anak guamnya bagi proses lanjutan kajian semula sabitan dakwaan fitnah liwat terhadapnya, Februari tahun lalu.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil memaklumkan perkara tersebut menerusi kenyataan ringkas beliau, petang ini.
“Harap maklum bahawa KDN (Kementerian Dalam Negeri) baru sahaja memberi kebenaran kepada peguam Kimberley Motley untuk bertemu anak guam beliau jam 2 petang ini,” kata kenyataan itu.
Motley, yang juga peguam tersohor Amerika Syarikat itu sebelum ini dihalang mengadakan pertemuan tersebut selepas permohonannya tidak mendapat kelulusan Jabatan Penjara Sungai Buloh, 10 September lalu.
Permohonan juga sebelum ini dihantar menerusi faks ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Peguam itu sebelum ini pernah menjadi pengamal undang-undang di Amerika Syarikat dan Afghanistan serta pernah melatih beratus-ratus peguam di Afghanistan.
Beliau juga pernah melakukan kerja penyelidikan sdalam bidang keadilan juvanan di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, Motley tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Anwar tidak terlibat bersabit pertuduhan ke atasnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]