pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penganjur "Go Kart" Tidak Dapat Kelulusan AAM, Kenapa Acara Di Jalankan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Susulan kejadian dua beranak yang maut akibat dilanggar oleh kereta Go Kart yang terbabas di sini semalam, NGO Angkatan Pembel...

KUANTAN: Susulan kejadian dua beranak yang maut akibat dilanggar oleh kereta Go Kart yang terbabas di sini semalam, NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) sekali lagi menggesa Kerajaan Negeri Pahang membuat kenyataan rasmi terhadap insiden ini.

Ini berikutan, timbulnya isu baru bahawa  Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) yang diadakan sempena Tahun Melawat Pahang 2017 itu dilaporkan tidak mendapat kelulusan oleh Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli mempersoalkan kenapa Kerajaan Negeri Pahang boleh berkerjasama dengan satu kejohanan yang tidak mendapat kelulusan?. Pada poster promosi tertera logo "Panaromic Pahang", "Visit Pahang Malaysia 2017" dan "Tourism Pahang", maka seharusnya pihak yang bertanggung jawab dapat membersihkan nama Kerajaan Negeri Pahang dalam insiden ini.
"Sudahlah dua nyawa rakyat Pahang melayang begitu saja. Kini kita dikejutkan pula dengan berita kejohanan itu sendiri tidak mendapat kelulusan.. Bukankah ini satu benda yang mengarut dan tidak masuk dek akal", kata Shukri.

"Patutlah aspek keselamatan gagal ditangani dengan betul, Water Barrier yang sepatutnya disediakan tiada.. hanya yang ada Barrier yang disumbangkan oleh MTD yang digunakan untuk kerosakan jalanraya saja yang kelihatan.. Mungin harga yang tinggi diperlukan untuk menyewa Water Barrier agaknya... Inilah yang memusykilkan", tambah Shukri.



Beliau turut hairan, bagaimana acara tersebut boleh diluluskan jika penganjur sendiri tiada kelulusan daripada AAM. "Saya mengesyaki sudah pasti ada unsur penyelewengan dalam penganjuran program ini .. jika tidak masakan kelulusan boleh diberikan?. Ia jelas sekali telah menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya,, bahkan media Berita Harian Online menjadikannya sebagai bahan untuk diperdebatkan", tambah Shukri.



Beliau juga berharap Kerajaan Negeri Pahang bersikap telus dalam menyiasat perkara ini. "Kita mahu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan... Sudahlah sebelum ini acara Luncur Air yng dibantah umat Islam dibawa ke sini menjelang bulan Ramadan yang lalu.. Kini satu lagi acara kontroversi pula diadakan.. Jika tidak berlaku kemalangan maut sudah pasti semua ini tidak terbongkar agaknya.. Apapun, ia amatlah memalukan", kata Shukri lagi. #pdonews


Advertisement

Post a Comment

 
Top