pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pengasas Facebook "Menaja" AS$3 Bilion, Bagi Basmi Semua Penyakit
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SAN FRANCISCO: Mark Zuckerberg dan isterinya akan memperuntukkan AS$3 bilion sehingga dekad akan datang bagi membantu memusnahkan atau m...
SAN FRANCISCO: Mark Zuckerberg dan isterinya akan memperuntukkan AS$3 bilion sehingga dekad akan datang bagi membantu memusnahkan atau menguruskan semua penyakit, meletakkan sebahagian kekayaan pengasas laman sosial Facebook itu untuk tujuan penyelidikan inovatif.
“Ini matlamat yang besar,” kata Zuckerberg pada majlis pengumuman Inisiatif Chan Zuckerberg pada satu majlis di San Francisco.
“Sejak beberapa tahun lalu, kami berbincang dengan pakar yang berpendapat ia mungkin boleh dilakukan, jadi kami teruskan,” katanya.
Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan dikurniakan seorang anak perempuan, Max pada penghujung tahun lalu.
Tidak lama selepas itu, mereka berjanji untuk mendermakan 99% daripada pegangan Facebook mereka atau kira-kira AS$45 bilion kepada “memajukan potensi manusia dan mempromosi kesaksamaan”.
Pada majlis itu, Zuckerberg berkata matlamat mereka ialah untuk menyembuhkan semua penyakit, atau sekurang-kurangnya menukar penyakit teruk daripada membawa maut kepada boleh dikendalikan atau dicegah, sepanjang hidup anak mereka.
Meskipun usaha penajaan itu sehingga dekad akan datang, Zuckerberg dan isterinya berkata mereka berharap objektif dapat dicapai menjelang akhir abad ini.
Priscilla berkata menyembuhkan semua penyakit di sepanjang hidup Max tidak akan bermakna kanak-kanak tidak akan jatuh sakit, tetapi ia akan kurang terjadi dan kurang teruk.
Pelaburan pertama itu diharapkan menjadi usaha “kolektif” sebanyak AS$600 juta bagi membuka Biohub di San Francisco di mana penyelidik, saintis dan beberapa pakar lain akan membina peralatan untuk pengajian lebih baik dan memahami penyakit.
“Sepanjang sejarah sains, kebanyakan penemuan didahului dengan penciptaan beberapa teknologi baharu yang membolehkan anda melihat sesuatu dalam cara baharu,” katanya, menyebut mikroskop dan DNA sebagai contoh.
“Peralatan juga mencipta penemuan dalam bagaimana kita boleh merawat penyakit,” katanya.
Biohub itu akan menggabungkan jurutera dan saintis dari 3 universiti berprestij California bagi membantu usaha itu.
“Kami merancang untuk melabur berbilion dolar sepanjang dekad. Tetapi, ia akan mengambil masa bertahun lamanya untuk membina peralatan itu dan lama lagi untuk membolehkan ia diguna. Ia susah dan kita perlu bersabar, tetapi ini penting,” katanya.
Saintis neurologi Cori Bargmann yang terkemuka dari Universiti Rockefeller dan Howard Hughes Medical Institute dipilih untuk mengetuai projek itu.
Zuckerberg mengambil pendekatan kejuruteraan terhadap cabaran itu dengan alasan ada banyak masalah kesihatan besar termasuk barah dan penyakit neurologi, jadi ia lebih mudah untuk membayangkan jenis peralatan yang diperlukan.
Mereka berharap projek itu akan memperkasakan gerakan untuk mendanai lebih banyak penyelidikan perubatan di seluruh dunia.
Priscilla sebagai seorang doktor pediatrik bersetuju dengan suaminya dan berkata gabungan membabitkan penyelidik perubatan terkemuka serta ahli politik tempatan, memberikan beliau harapan dalam projek itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top