Perdana Menteri Mengajak Orang Ramai Untuk Sertai Tinjauan Bajet 2017


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap orang ramai dapat mengambil bahagian dalam tinjauan berkaitan Bajet 2017 yang sedang dijalankan di bajet2017.najibrazak.com/survey.
Perdana menteri berkata, tinjauan itu penting bagi membantu kerajaan merangka bajet inklusif yang memenuhi keperluan rakyat. 
"Luangkan sedikit masa menjawab tinjauan di bajet2017.najibrazak.com/survey untuk saya lebih memahami keutamaan anda.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan bagi membentuk sebuah bajet yang inklusif dan mengambil kira keperluan rakyat," katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook rasminya pada Jumaat.
Sebanyak 8,352 cadangan diterima melalui laman cadangan Bajet 2017 yang dibuka kepada orang ramai bermula 5 Sept hingga Rabu lepas.
Lima kategori iaitu pekerjaan, pendidikan, pengangkutan awam dan infrastruktur, percukaian, perniagaan dan kewangan, serta perumahan dan kehidupan bandar menerima jumlah cadangan yang paling banyak. 
Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]