pahangdaily pahangdaily Author
Title: Perjanjian Konsesi ERL Bebankan Rakyat, Perjanjian Baharu Perlu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: DAP menggesa kerajaan Persekutuan menandatangani perjanjian konsesi baru dengan syarikat Express Rail Link Sdn Bhd (ERL...

KUALA LUMPUR: DAP menggesa kerajaan Persekutuan menandatangani perjanjian konsesi baru dengan syarikat Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi menambah baik perjanjian konsesi lama yang bersifat “berat sebelah” dan tidak menguntungkan rakyat.
Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming menjelaskan justifikasi perjanjian konsesi baru itu dalam kenyataan hari ini, yang antara lain membangkitkan mengenai tanggungan kerajaan membiayai projek sambungan laluan antara KLIA2 dan KLIA bernilai RM100 juta.
Katanya, hasil daripada kewujudan laluan tambahan itu ERL telah mengalami peningkatan 43 peratus penumpang yang mana membawa keuntungan RM6.44 juta pada 2013 dan RM9.23 juta (2014).
Namun, mengikut konsesi kini antara kerajaan dengan ERL, harga tambang sehala dari KL Sentral ke KLIA akan meningkat kepada RM97 pada 2019 dan RM126 (2024) daripada RM31 sejak ia mula beroperasi pada 1999.
Menurutnya, kenaikan tambang secara mendadak itu terhasil daripada kedegilan kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO dalam mendedahkan secara terperinci kepada masyarakat mengenai perjanjian yang telah dibuat dengan syarikat penyedia pengangkutan awam itu.
Ekoran itu, ERL telah sewenang-wenangnya menuntut kenaikan harga tambang kerana bebas daripada penelitian masyarakat.
Malah, ditambah dengan sasaran keuntungan yang tidak dicapai ERL pada tahun 2014 yang membenarkan supaya syarikat berkenaan menuntut pampasan daripada kerajaan. ERL menjangka keuntungan RM905 juta, namun hanya memperoleh RM123.3 juta pada tahun itu.
Justeru, mengambil kira tanggungan yang telah diambil kerajaan dan penambahan penumpang itu, kata Kian Ming, adalah adil bagi kerajaan untuk berunding semula dengan ERL dan menandatangani perjanjian konsesi baru yang lebih telus dan mesra rakyat.
Rundingan itu, katanya, boleh dilakukan dalam perjanjian konsesi lanjutan yang akan ditandatangani kerajaan dengan ERL pada bulan ini.
“Untuk memastikan orang ramai tahu bahawa kerajaan dan juga pengguna mendapat keadilan daripada perjanjian konsesi yang baru ini (jika terlaksana), saya menyeru kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi (tersebut) dengan menyiarkan pada laman web kerajaan.
“Dan juga untuk Menteri yang bertanggungjawab daripada rundingan semula perjanjian konsesi itu untuk menjelaskan perjanjian baru dalam satu sidang akhbar,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan konsesi antara kerajaan dan ERL dilihat berat sebelah.
Perjanjian konsesi itu akan berlanjutan sehingga 2059, iaitu 30 tahun daripada tahun 2029 di mana tahun asal perjanjian itu tamat. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, September 14, 2016 4:53:00 PM

Dap ni buat sibuk je..mana ada perjanjian berat sebelah..kalau betul berat sebelah dah lama orang2 kuat dan yg tak kuat umno akan bising kerana mereka dah janji nak bela rakyat..tapi ape nak buet rakyat terutamanye melayu suka ditipu umno..

 
Top