pahangdaily pahangdaily Author
Title: Persatuan Kontraktor Gesa Batal "Tawaran Kerja" Syarikat Konsesi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH: Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) mendesak kerajaan negeri membatalkan tawaran kerja membaiki jalan...

TEMERLOH: Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) mendesak kerajaan negeri membatalkan tawaran kerja membaiki jalan kampung di seluruh negeri Pahang bernilai RM175 juta kepada sebuah syarikat konsesi yang didakwa baru sebulan didaftarkan.

Presidennya, Tukiman Radion berkata, tawaran kerja selama lima tahun yang bernilai RM35 juta setahun itu akan menyebabkan 2,500 kontraktor kelas F dan kelas E atau G1 dan G2 di Pahang kehilangan kerja dan gulung tikar.

Menurutnya, tawaran kerja itu hanya menguntungkan satu atau dua syarikat sahaja sebaliknya ribuan kontraktor kecil akan merana.

“Kita minta kerajaan mansuhkan projek di bawah konsesi ini. Sebelum ini kerja baik pulih jalan persekutuan dan jalan negeri diberikan kepada syarikat konsesi dan sekarang jalan kampung juga diberikan kepada konsesi.



“Saya sendiri telah menghantar SMS kepada Menteri Kerja Raya berkaitan perkara ini dan jawapan yang dibalas adalah ia kerja Kerajaan  Negeri,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung PERKOBF Cawangan Pahang dan bantahan kontraktor dari seluruh Pahang di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, Taman Seri Semantan, semalam.

Tukiman berkata, kerajaan diminta menghentikan tawaran kerja kepada syarikat konsesi sedia ada memandangkan ada kontraktor yang menjalani kehidupan yang daif ketika ini.

“Ada kontraktor dalam akaunnya hanya tinggal RM1,000 malah RM100, bagaimana kita nak hidup...kita sokong kerajaan tetapi kerajaan tidak membela kita.

“Baru-baru ini saya serahkan memorandum pada perdana menteri untuk bantah konsesi seluruh negara yang diberikan hampir keseluruhan projek.

“Kami minta supaya konsesi yang ada dimansuhkan atau 80 peratus projek diagihkan supaya kita boleh undi untuk agihan projek ini kepada semua anggota,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan digesa mengutamakan kontraktor kelas G1. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top