pahangdaily pahangdaily Author
Title: Persempadanan: Bersih 2.0 Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap SPR
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan R...

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penyusunan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan berat sebelah melalui proses persempadanan di seluruh negara.
Penyelaras Sumber Bersih 2.0, Wong Chin Huat (foto) berkata, SPR seharusnya berpegang teguh kepada Seksyen 2c Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan semua kawasan pilihan raya seharusnya hampir sama.
Menurut beliau, di Selangor misalnya, nisbah kawasan terbesar dengan yang paling kecil adalah sangat ketara iaitu 4.05 berbanding 1.
“Macam mana kamu akan dapat yakinkan mahkamah bahawa 4.05 adalah lebih kurang sama dengan 1?
“Ini adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan kita untuk mempercayainya,” kata beliau pada sidang media di pejabat Bersih, Petaling Jaya, hari ini.


Untuk rekod, SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan terhadap kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula Khamis 15 September lalu hingga 14 Oktober ini.
Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan satu kerusi baru di Damansara yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Adnan Mansor sebelum ini mendakwa, pihaknya akan meneliti usul persempadanan itu dan dijangka membincangkannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, 30 September ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top