pahangdaily pahangdaily Author
Title: Persempadanan Semula, Gerak Kerja Hadapi PRU Tidak Terjejas
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:   Pemuda Umno Pahang berkata gerak kerja dan persiapannya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak terjejas den...

KUANTAN:  Pemuda Umno Pahang berkata gerak kerja dan persiapannya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak terjejas dengan cadangan persempadanan semula oleh SPR.

Ketuanya Mohd Shahar Abdullah (foto) berkata isu persempadanan semula tidak boleh dijadikan alasan kerana apa yang penting ialah semua jentera parti bekerja keras mendekati pengundi untuk terus bersama Barisan Nasional (BN).

Sebagai sebuah parti yang telah berusia 70 tahun, persempadanan semula bukanlah perkara baharu dan asing kepada Umno yang telah beberapa kali berdepan dan berjaya mengharungi isu terbabit, tambahnya.

"SPR sudah pasti telah melakukan kajian teliti sebelum membuat cadangan persempadanan semula. Paling penting ialah bagaimana kita menghadapinya dan bergerak ke depan. Jentera UMNO adalah satu gerak kerja tersusun dan berstruktur," katanya.

Mohd Shahar berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Menjuarai Kecemerlangan 'Corporate War Games: Elite Squad' di sini hari ini, yang turut dihadiri 12 daripada 14 Ketua Pemuda Umno Bahagian seluruh Pahang.

Beliau diminta mengulas cadangan SPR Pahang pada 15 Sept lalu menerusi buku notis di pejabatnya di sini, yang mengumumkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan diubah menerusi proses persempadanan semula.

Menerusi cadangan itu, dua DUN Pahang diubah nama dan kawasan iaitu Kuala Sentul kepada Jengka manakala Jengka kepada Paya Pulai.

DUN Jengka yang semasa ini berada dalam Parlimen Kuala Krau dicadangkan dipindah ke Parlimen Maran manakala Paya Pulai menggantikannya.

Mengulas mengenai penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 Nov depan, Mohd Shahar berharap penganjur dan pembangkang dapat memikir kembali tindakan itu yang dapat menjejaskan pandangan masyarakat luar terhadap Malaysia. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top