pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Gesa Ujian Toksikologi Tiga Pemandu Go-Kart Di Percepatkan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Polis Pahang akan memohon Jabatan Kimia mempercepatkan keputusan ujian toksikologi ke atas tiga pemandu kenderaan jenis go-kart...
KUANTAN: Polis Pahang akan memohon Jabatan Kimia mempercepatkan keputusan ujian toksikologi ke atas tiga pemandu kenderaan jenis go-kart yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan dua beranak terkorban, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata sampel darah dan air kencing pemandu Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini, yang diambil semalam dihantar ke Jabatan Kimia hari ini.
“Kebiasaannya tempoh menunggu untuk mendapatkan keputusan analisis dadah dan alkohol mengambil masa 2 minggu, tetapi kita akan cuba minta ia dicepatkan,” katanya.
Aziz berkata ketiga-tiga pemandu itu juga dibenarkan pulang petang semalam, selepas keterangan mereka diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pada kemalangan jam 11.30 pagi semalam, penyelia kilang di Gebeng di sini, Izwan Isa, 39, dan anak bongsunya Nur Zulaikha, 5, maut manakala isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Izz Danial, 7, cedera akibat dirempuh sebuah go-kart yang terbabas semasa menonton perlumbaan itu.
Izwan maut di tempat kejadian manakala Nur Zulaikha meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Siti Suhaiza yang juga seorang guru dibenarkan pulang pada petang semalam, manakala Muhammad Izz Danial masih menerima rawatan di HTAA dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali semalam, mengesahkan kemalangan dipercayai berpunca apabila tiga go-kart yang sedang berlumba itu bergesel sesama sendiri, sehingga menyebabkan sebuah daripadanya terbabas dan merempuh mangsa.
Ketiga-tiga pemandu go-kart itu tidak mengalami kecederaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top