pahangdaily pahangdaily Author
Title: Projek Jalan RM35 Juta, NGO Kesal Syarikat Tempatan Di Anaktirikan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: "Kenapa syarikat dari Pahang tidak diberi keutamaan untuk projek jalan di negeri sendiri?. Kenapa perlu memilih syarikat...

KUANTAN: "Kenapa syarikat dari Pahang tidak diberi keutamaan untuk projek jalan di negeri sendiri?. Kenapa perlu memilih syarikat dari luar sedangkan banyak syarikat Pahang yang berwibawa dan mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut", kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) ketika dihubungi PDO pagi tadi.

Semalam, surat tawaran kerja terima tender "Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Kampung Dan Jalan Luar Bandar Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Seluruh Negeri Pahang Darul Makmur" kepada syarikat Muhibbah Bina Sdn Bhd dari Ipoh, Perak telah viral di media sosial. 


Orang ramai mempertikaikan tindakan JKR Negeri Pahang memilih kontraktor luar untuk melaksanakan projek bernilai RM35 juta itu.  Menurut Shukri lagi, beliau tidak kisah jika kontraktor yang mendapat projek tersebut adalah "anak jati Pahang", masalahnya dari Ipoh, Perak. 


"Syarikat yang mendapat projek ini pula dipercayai mempunyai  masalah dengan CTOS berdasarkan semakan yang dibuat oleh orang ramai di internet (foto). Bahkan, carian di dalam google search juga hanya mendapati dua perkara saja tentang syarikat terbabit iaitu hal CTOS dan Malaysia Business Directory... tiada laman web rasmi syarikat dijumpai... tiada carian yang menggambarkan syarikat ini berpengalaman luas dalam bidang terbabit... mana mungkin projek RM35 juta diberikan kepada sebuah syarikat sebegini?", tambah Shukri lagi.



"Saya simpati dengan nasib kontraktor tempatan yang seringkali "dianaktirikan" dalam pengagihan projek-projek besar di negeri ini. Sedangkan mereka juga berupaya melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kerajaan Negeri Pahang  harus memainkan peranan serius dalam membantu kontraktor negeri ini. Mereka juga perlukan projek untuk menanggung kos operasi. Malah, banyak kontraktor kelas F yang terpaksa gulung tikar akibat perkara sebegini.. mereka terpaksa mengambil kerja dengan harga yang mahal melalui kontraktor utama... inikan pula kontraktor dari luar Pahang... Bantulah kontraktor tempatan untuk hidup... ", katanya. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, October 12, 2016 6:32:00 PM

MACAM MANA CO YG TAK DA SUBCATEGORY CE01 DLM CIDB BOLEH MENANG TENDER JKR NI.. MUSHKIL SUNGGUH

 
Top