pahangdaily pahangdaily Author
Title: Proses Wang Palsu, Dua Beranak Kena Cekup Di Felda Ulu Jempul
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MARAN: Dua beranak ditahan polis dalam Op Kesan apabila dipercayai terlibat dalam pemprosesan wang palsu di Felda Ulu Jempol,  di sini k...

MARAN: Dua beranak ditahan polis dalam Op Kesan apabila dipercayai terlibat dalam pemprosesan wang palsu di Felda Ulu Jempol,  di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, polis turut merampas wang palsu dan pelbagai peralatan pemprosesan wang termasuk mesin pencetak, kertas A4 dan not ringgit yang siap dicetak.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, seramai 10 anggota polis diketuai Pegawai Kanan, Muhammad Rizman Ramly, menyerbu sebuah rumah dihuni lelaki berusia 56 tahun bersama anaknya yang berusia 35 tahun itu.

“Polis membuat pemeriksaan dalam bilik rumah tersebut dan menjumpai wang tunai RM20, RM50 dan RM100 disyaki palsu dan juga alat untuk melakukan pemalsuan.

“Butir-Butir Rampasan adalah seperti printer, kertas A4 bercetak wang palsu berjumlah RM1,940 dengan dominasi empat keping not RM10, 15 keping RM20, 16 keping RM50 dan lapan keping not RM100. Kesemua not tersebut mempunyai nombor siri masing-masing,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, polis turut merampas satu cukai jalan kereta disyaki palsu, satu beg duit, satu salinan geran kenderaan, keratan plastik sticker dan benang keselamatan.

Mat Rizal berkata, semakan dilakukan mendapati kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan lampau.

 “Bapa mempunyai enam rekod manakala anak lelakinya mempunyai satu rekod kesalahan yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 489 (C) dan Seksyen 489 (D) Kanun Keseksaan kerana memiliki dan mengedarkan wang palsu serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top