pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rafizi Di Jangka Bentang RUU Nafi Hak SPR "Ubah Peta" Pilihan Raya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli dijangka mengemukakan rang undang-undang persendirian meminda Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan, Perkar...
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli dijangka mengemukakan rang undang-undang persendirian meminda Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113 mengenai perjalanan pilihan raya.
Pindaan yang akan dibuat selewat-lewatnya pada Isnin depan kepada Dewan Rakyat bertujuan mengasingkan kuasa pelaksanaan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu badan bebas di bawah satu perkara baru, Perkara 113A.
“Saya tidak percaya pada SPR. Rakan saya yang lain boleh teruskan (membantah). Saya akan ambil jalan lain kerana tiada bezanya terlibat dengan mereka dalam jangka masa yang lama.
“Jalan terbaik adalah dengan mengeluarkan mereka daripada pengambilalihan (persempadanan semula),” katanya dalam sidang medianya di sini hari ini
SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula Khamis lalu (15 September).
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mempersoal persempadanan semula yang diumumkan SPR dan mendakwanya sebagai usaha mencuri keputusan pilihan raya umum depan.
Cadangan SPR melibatkan 128 kawasan Parlimen. Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kumpulan sekurang-kurangnya 100 orang boleh membuat bantahan sehingga 15 Oktober.
Mengulas lanjut, Naib Presiden PKR itu juga berkata akan membincangkan perkara terbabit bersama ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) yang lain iaitu William Leong (Selayang), Hanipa Maidin (Sepang) dan Gobind Singh Deo (Puchong) supaya rang undang-undang meminda perlembagaan itu akan dikemukakan secara bersama oleh ahli parlimen PH.
Beliau menambah, kumpulan sukarelawan Invoke yang bertugas menguruskan perkara terbabit juga akan melancarkan kempen bagi mendapatkan sokongan semua menyokong pindaan terbabit melibatkan individu, tokoh masyarakat, wakil rakyat, pimpinan tinggi perkhidmatan awam dan sebagainya.
Rafizi pada masa yang sama turut menyeru setiap ahli parlimen untuk menyokong pindaan perlembagaan yang akan dibawanya bagi mengekalkan ciri kepelbagaian kaum dan suara minoriti di negara ini.
“Saya yakin cadangan pindaan Perlembagaan Perkara 113 ini akan memecahkan BN seperti mana isu hudud digunakan untuk untuk memecah-belahkan harmoni Pakatan Rakyat sebelum ini.
“Jika Datuk Seri Najib Razak berpandangan jauh, cadangan persempadanan semula itu sepatutunya dibatalkan secepat mungkin sebelum kempen ini pergi lebih jauh,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top