pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ramai "Bekas Calon" Bakal Sertai BERSATU Di Kuantan Oktober Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Ramai "bekas calon" pilihanraya dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat...

KUANTAN: Ramai "bekas calon" pilihanraya dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat. Ini berikutan mereka melihat perjuangan yang dibawa oleh parti Bersatu amat relevan dengan senario politik semasa ketika ini.

Difahamkan, bekas pemimpin terbabit telah mengadakan beberapa pertemuan sulit baru-baru ini untuk membawa pemimpin Bersatu yang terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukriz Mahathir ke Kuantan pada bulan Oktober ini. 

Dijangka, ramai penyokong parti terutamanya UMNO akan menghadiri program bersama Tun Mahathir itu nanti. Walau bagaimana pun lokasi dan tarikh sebenar program masih dirahsiakan buat masa ini.

Soalnya, siapakah "bekas calon" terbabit?. Sememangnya kita tahu ramai dikalangan pimpinan UMNO sendiri yang tidak bersetuju dengan cara pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak sebenarnya. Namun mereka tidak berani untuk bersuara terutamanya dalam isu-isu  besar seperti 1MDB yang masih hangat dipertakakan hingga ke hari ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan siapakah "bekas calon" yang akan bersama parti baru itu nanti. Sudah pasti kehangatan politik di bumi Pahang akan memuncak selepas ini. Tambahan pula dilaporna, Bersatu mensasarkan untuk meletakkan calon mereka di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada PRU-14 nanti. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Tuesday, September 20, 2016 2:54:00 PM

Bersatu tentang kepala perampok dan kumpulan perampok yg lingkupkan ugama,bangsa dan negara...

 
Top