pahangdaily pahangdaily Author
Title: RoS Lulus Permohonan Parti Baharu Muhyiddin, Dikenali PPBM
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA:  Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.   Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.  
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lampu hijau diberikan kepada parti itu pada Khamis.
"Bagaimanapun, parti itu tidak boleh menggunakan akronim Bersatu, tetapi dikenali sebagai PPBM," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.
Menurut Ahmad Zahid, perkara itu disebabkan terdapat enam lagi parti politik dan organisasi mempunyai perkataan "Bersatu" pada nama pertubuhan mereka.
Bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan bagi mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 5 Ogos lalu.
Muhyiddin merupakan presiden parti itu manakala bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi PPBM. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top