pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAKATAN Bantah Terhadap Cadangan Persempadanan Semula SPR
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PAKATAN) akan membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjay...

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PAKATAN) akan membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) ini.
Ketua Sekretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ketiga-tiga parti dalam gabungan itu, KEADILAN, DAP dan AMANAH mencapai keputusan bagi tujuan itu dalam mesyuarat Majlis Setiausaha diadakan.
PAKATAN mendakwa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat SPR memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) bagi memenangi PRU14 nanti.
“Setiap parti dalam PAKATAN akan membuat bantahan di kawasan yang kita selaraskan bersama.

“Bagaimanapun mungkin dalam kawasan diselaras itu mungkin terdapat lebih dari satu parti membuat bantahan atau ketiga-tiga parti membantah bersama kerana bantahan dibuat itu terdapat alasan tertentu serta mengikut keperluan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, PAKATAN juga akan bekerjasama dengan pihak lain yang mengambil tindakan sama antaranya Tindak Malaysia, Majlis Peguam Negara dan BERSIH 2.0.
Katanya, ketiga-tiga parti dalam PAKATAN kesal dan mengutuk langkah dilakukan SPR yang pada anggapannya adalah berat sebelah dan ia juga tidak terbuka untuk pemilih bagi membuat bantahan.
“Ia juga menguntungkan BN. Kalau mengikut persempadanan semula dicadangkan SPR, PRU14 nanti mungkin BN hanya perlu tidak sampai 25 peratus undi popular untuk mencapai 112 kerusi dan menang majoriti mudah.
“Kalau dilihat sejarah pilihan raya, setiap kali selepas persempadanan semula dibuat, BN menang lebih baik atau lebih besar dan sebagainya. itu hakikat dan ia berulang dalam persempadanan ini,” katanya.
Saifuddin berkata, antara keputusan lain dicapai Majlis Setiausaha ialah meminta semua Ahli Parlimen PAKATAN menulis kepada SPR secara individu bagi mendapatkan peta bagi kawasan masing-masing selain mencadangkan Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat bantahan.
“Kita juga akan menganjurkan siri jelajahan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai keperluan itu dan menyokong kenyataan KEADILAN yang akan membuat bantahan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.
“Ia termasuk menyokong hasrat Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengadakan undingan bersama Ahli Parlimen lain bagi membentang Rang Undang-Undang bagi mengasingkan kuasa SPR membuat persempadanan semula dan diberikan kepada satu suruhanjaya lain.
“Kita juga menyatakan sokongan bagi menyertai himpunan BERSIH 5 pada November ini,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top