pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saiful Nasihati Muhyiddin, Jangan Cemari Partinya Dengan Anwar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Saiful Bukhari Azlan berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya mengotori Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM...
PETALING JAYA: Saiful Bukhari Azlan berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya mengotori Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan mengharapkan sokongan daripada ‘makhluk’ seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata PPBM ibarat bayi yang masih suci dan golongan marhaen mahu mengetahui hala tuju, dasar dan idealisme parti baharu itu, bukannya janji akan membebaskan banduan yang bersalah, jika berjaya memenangi pilihan raya.
“Nasihat saya, usah cemarkan wadah baru (PPBM) yang ibarat bayi yang masih suci ini dengan kekotoran,” katanya menerusi satu artikel bertajuk Warkah Subuh Buat Tan Sri Muhyiddin yang dipetik daripada laman web mykmu.net.
Dalam warkah itu, Saiful berkata biarlah Anwar menjalani hukuman kerana akhirnya apabila tamat tempoh, beliau akan tetap dibebaskan dan berkemungkinan lebih awal jika berkelakuan baik.
Difahamkan, Saiful menulis surat itu sebagai mengulas laporan media yang memetik Muhyiddin sebagai menyokong pembebasan Anwar serta berikrar untuk menjadikannya agenda perjuangan parti itu.
“Belum terlambat untuk perbetulkan. Namun jika Tan Sri beranggapan ‘jalan pintas’ ini jalan yang terbaik, maka saya ucapkan selamat ‘maju’ jaya.
“Kepada Tan Sri, jika benar seperti dilaporkan dalam keratan media, maka saya amat bersimpati dengan Tan Sri. Saya bersimpati kerana di awal perjuangan melalui wadah baru ini Tan Sri sudah terkhilaf,” katanya.
Saiful berkata Muhyiddin tidak sepatutnya gentar untuk memperoleh sokongan jika yakin wadahnya benar kerana perjuangan berlandaskan kebatilan kurang keberkatannya dan sukar berjaya.
“Apatah lagi memohon pertolongan ‘sokongan’ daripada makhluk yang Tan Sri sendiri tahu kebenarannya dan sudah diputuskan bersalah oleh mahkamah.
“Dalam kamus politik berdusta itu kononnya tidak salah, tapi dalam agama berdusta tak kira dalam politik atau tidak, ia sama saja semasa perhitungan di mahsyar nanti.
“Apa lagi dengan menjaja dusta itu untuk meraih sokongan, yang bakal menganiaya saya sebagai mangsa dalam kes ini,” katanya.
Katanya, beliau berhak mengulas isu yang diperkatakan Muhyiddin kerana mempunyai ‘locus standi’ dalam kes itu memandangkan beliau adalah mangsanya.
Pada Ogos 2008, Anwar sebagai penasihat PKR mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meliwat Saiful yang pada ketika itu berusia 23 tahun di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada 10 Februari 2015, Anwar didapati bersalah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya untuk mengetepikan hukuman penjara 5 tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadapnya kerana meliwat Saiful. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top