pahangdaily pahangdaily Author
Title: Salahkan Penonton: Kenyataan Penganjur Program Go Kart Di Pertikaikan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Pe...

KUANTAN: Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace), Prof Madya Dr Aminudin Abu dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bahawa lokasi kejadian mangsa maut dilanggar oleh kereta Go-Kart pagi semalam bukanlah dikhaskan untuk penonton.

Dr Aminudin Abu bercakap demikian ketika ditemuramah oleh media susulan kejadian kemalangan yang meragut nyawa dua beranak itu  semalam. 

"Saya hairan kenapa Pengarah Program bercakap demikian... jika situ bukan dikhaskan untuk penonton maka di mana lokasi yang sesuai?. Di Komplek Sukpa? atau di mana?. Bukankah laluan itu adalah jalan lurus dan mana-mana kejohanan besar sekali pun memang penonton dikhas berada di laluan lurus untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini", kata Shukri.

Malah, katanya di Litar Sepang pun tempat duduk penonton di bina pada laluan lurus untuk memudahkan mereka menyaksikan perlumbaan. "Di Sukpa lagi bahaya kerana laluan berselekoh, berbukit dan menyukarkan pandangan mereka untuk menyaksikan perlumbaan terbabit. Jika lokasi kejadian bukan untuk penonton, kenapa ia dibuat berhampiran dengan kawasan Taman Bandar iaitu tempat beriadah bagi warga Kuantan?.", tambah Shukri.



Katanya, penonton hadir kerana promosi besar-besaran yang dibuat oleh pihak penganjur. Maka, tidak perlulah mencari alasan untuk salahkan penonton. Sedangkan mereka yang membuat promosi besar-besaran untuk menarik penonton hadir ke situ. Sepatutnya merekalah yang fikirkan tentang aspek keselamatan, bukannya menyalahkan penonton.



Menurut Shukri dakwaan Dr Aminudin bahawa penganjur ada menandakan ‘line race’ yang tidak seharusnya dimasuki penonton bagi mengambil kira faktor keselamatan. Bagaimanapun keadaan agak kelam kabut kerana ramai yang memasuki line race ini menyebabkan anggota Rela tidak dapat mengawal keadaan,

"Jika ini berlaku, maka penganjur gagal memastikan kawalan keselamatan. Benar penonton  tidak mendengar arahan dari pihak Rela serta petugas agar tidak duduk dan berjalan dekat dengan tali rentang amaran berdekatan dengan litar. Namun saha difahamkan penganjur tidak menyediakan Marshall yang mencukupi. Mereka hanya gunakan pelajar-pelajar universtiti yang terlibat sahaja. Ini berkemungkinan tiada tauliah atau kursus yang khusus untuk Marshall perlumbaan. Mereka hanya menjaga di kawasan selekoh-selekoh sahaja.", dakwa Shukri. 




Saya juga difahamkan, penganjur menukar haluan perlumbaan ke arah pusingan lawan jam di saat-saat akhir. "Ini mungkin menyebabkan para pelumba keliru dan kekok hingga menyebabkan berlaku kejadian yang tidak dingini. Justeru tidak wajar penonton dipersalahkan gara-gara mahu lepaskan diri dari masalah yang melanda. Jika tiada program ini, maka tiadalah nyawa yang melayang... Malah, jika ada perlumbaan tapi tiada penonton bukankah ia tidak mendatangkan semangat langsung kepada para pelumba berkenaan. Maka isunya disini ialah faktor keselamatan yang gagal ditangani dengan  baik oleh pihak penganjur. Usahlah menyalahkan pihak lain pula", tambah beliau lagi. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top