pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sharkar: Wang Bidaan Nombor Plat VIP, Untuk Manfaat Rakyat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
LANCHANG: Kerajaan Negeri Pahang akan menggunakan pendapatan daripada penjualan nombor pendaftaran siri khas VIP 1 sehingga VIP 9999 s...

LANCHANG: Kerajaan Negeri Pahang akan menggunakan pendapatan daripada penjualan nombor pendaftaran siri khas VIP 1 sehingga VIP 9999 sempena Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 bagi tujuan promosi.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, promosi TMP 2017 menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang melalui lebih 12 negara juga akan menggunakan pendapatan daripada jualan nombor pendaftaran khas itu.

Menurutnya, sebanyak 13 kenderaan pacuan empat roda bersama delegasi pelancongan dan wakil media akan terlibat dalam promosi TMP 2017 itu nanti.

“Promosi melalui kenderaan pacuan empat roda ini akan singgah di setiap negara yang kita lalui dan memperkenalkan produk pelancongan yang ada di Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program ziarah mesra pesakit dan warga emas dalam kawasan Dun Lanchang di Kampung Sungai Kepong, di sini semalam.

Mohd Sharkar yang juga Adun Lanchang berkata, nombor pendaftaran itu dibuka untuk dibida orang perseorangan dan kutipan daripada jualan nombor VIP itu akan turut digunakan bagi tujuan penganjuran acara mempromosikan pelancongan.

Beliau berkata, dana diperoleh daripada jualan nombor pendaftaran itu juga akan digunakan untuk menambah infrastruktur pelancongan di negeri ini.

Mohd Sharkar berkata, ia adalah salah satu cara mengelak kebergantungan kepada peruntukan kerajaan negeri kerana usaha mempromosikan TMP memerlukan kos tinggi.

Beliau berkata, pada masa sama pihaknya juga mengharapkan jualan terhadap nombor pendaftaran siri khas VIP ini mampu meraih bidaan tinggi seperti sebelum ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top