pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tian Chua: SPRM Perlu Bertindak Adil, Siasat Juga Kes Profil Tinggi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa bertindak adil dengan tidak menumpukan siasatan terhadap rasuah yang ...

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa bertindak adil dengan tidak menumpukan siasatan terhadap rasuah yang berlaku dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan sahaja.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, SPRM juga perlu menjalankan siasatan adil tanpa pilih kasih terhadap kes berprofil tinggi termasuk skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka perlu adil, jangan kes membabitkan pegawai kerajaan mereka berani siasat dan dakwa tetapi kes profil tinggi seperti skandal 1MDB juga perlu disiasat secara telus dan adil.
“Jangan buat rakyat muak bila hanya ada tuduhan terhadap kes membabitkan pegawai bawahan sahaja,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.
Katanya, ketegasan SPRM dalam menjalankan siasatat sahaja boleh mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap agensi pencegahan rasuah itu.
“Langkah berani dan adil juga mampu memulihkan kedudukan Malaysia dalam penarafan indeks rasuah antarabangsa sekali gus memperolehi kepercayaan pelabur asing,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top