pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tragedi Go-Kart: Benarkah MAM Luluskan Langkah Keselamatan Litar?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Fakta tentang kecelakaan yang berlaku bila seorang pemandu hilang kawalan kereta lumba kecil di perlumbaan EIMARACE 2016 yang berlangs...

Fakta tentang kecelakaan yang berlaku bila seorang pemandu hilang kawalan kereta lumba kecil di perlumbaan EIMARACE 2016 yang berlangsung di Kuantan kelmarin masih lagi agak samar namun ianya sepatutnya boleh dielakkan. 
Kami tak setuju ianya digelar go kart kerana kenderaan tersebut menggunakan tayar kereta biasa dan saiz serta beratnya jauh lebih tinggi dari go kart. Begitu banyak persoalan yang timbul apabila seorang bapa dan anak kecilnya menemui ajal setelah dirempuh oleh go kart yang hilang kawalan.
Sememangnya sukan bermotor bahaya dan semua pengamal dan penganjur faham benar dengan permasalahan ini dan sentiasa mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya di setiap lokasi perlumbaan, samada ianya dilangsungkan di dalam litar perlumbaan mahupun di kawasan bandar. 
Bila kita menonton perlumbaan bermotor, dari Cub Prix, hinggalah ke Formula One jelas kelihatan pelbagai jenis halangan keselamatan di sekeliling laluan perlumbaan dan ini bukanlah sesuatu yang murah namun para penganjur mengambil initiatif tersebut bagi mengelakkan kemalangan di litar membabitkan penonton.
Apabila sukan seperti ini dijalankan di kawasan bandar atau populasi tinggi ini bermaksud penganjur membawa bahaya lazimnya tidak wujud di kawasan sekitar dan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan bahawa kawasan berisiko tinggi dikawal rapi agar penonton tidak boleh memasuki kawasan tersebut. 

Selain dari papan tanda amaran dan kawalan keselamatan, pihak penganjur sepatutnya mengambil langkah memagarkan kawasan tersebut untuk melenyapkan sebarang kemungkinan kemalangan yang melibatkan penonton.
Selain dari itu, kawasan penonton juga wajib dipagar untuk mengelakkan kenderaan ataupun komponen kenderaan dari menceroboh kawasan tersebut dan mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa. 
Penganjur juga wajib memikirkan keperluan ruang mengurangkan kelajuan di sekitar litar kerana kemalangan boleh berlaku di mana saja sepanjang laluan. Kami ingin mengetahui pihak mana yang memberikan kelulusan langkah keselamatan yang diambil oleh penganjur, adakah mereka ini bertauliah dan berpengalaman dalam aspek keselamatan sukan bermotor.
Sekiranya laporan awal benar, UTM mengatakan keadaan keselamatan litar sudah diluluskan oleh Motorsports Association of Malaysia (MAM) ini adalah satu ralat amat besar di pihak badan yang meluluskan penganjuran sukan bermotor. 
Bukan niat kami ataupun mana mana pengamal sukan bermotor untuk menuding jari mencari kesalahan tetapi sekadar mengingatkan semua pihak bahawa aspek keselamatan dalam penganjuran sukan bermotor tidak boleh diambil ringan.
Niat kami juga ialah untuk memastikan perkara ini tidak disorok ataupun diperkecilkan oleh mana mana pihak, maklumlah acara ini dianjurkan bersama oleh dua insitusi besar negara, iaitu Universiti Teknologi Malaysia dan juga Tourism Pahang malah acara ini sudah termaktub sebagai acara perlancongan rasmi dalam takwim pelancongan negeri Pahang. Dengan kata lain, mahu tak mahu kecuaian ini sudah terpalit di muka Kerajaan Negeri Pahang dan universiti utama negara ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top