pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tragedi Maut Go-Kart: NGO Angkara Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Satu laporan polis telah dibuat terhadap penganjur  Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace) 2016 yang me...

KUANTAN: Satu laporan polis telah dibuat terhadap penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace) 2016 yang meragut dua nyawa orang awam Ahad lalu. Laporan dibuat oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Moh Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, jam 3.00 petang semalam.

Menurut Shukri, laporan polis terpaksa di buat selepas melihat sikap penganjur program tersebut yang seolah-olah mahu "lepas tangan" dalam insiden ini.



"Saya kecewa dengan beberapa kenyataan yang di buat oleh UTM dan MAM yang secara jelas menyalahkan penonton dalam tragedi ini. Mereka tidak bijak memberi alasan, dakwaan bahawa lokasi kawasan larangan dan bukan dikhaskan kepada penonton adalah satu alasan dangkal yang tidak wajar dikeluarkan oleh penganjur", kata Shukri.

Beliau menegaskan, satu persoalan yang timbul ialah jika di situ bukan kawasan penonton maka di mana lokasi yang dikhaskan untuk penonton sebenarnya.

"Pelik, program itu adalah berbentuk pelancongan kerana ia bertemakan Road To Visit Pahang 2016... Malah penaja utama ialah Tourism Malaysia, Tourism Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Dengan promosi besar-besaran termasuk membawa artis terkenal tanahair seperti kumpulan Projector Band, Siti Nurdiana, Sufian Suhaimi dan Aiman Tino.... makanya saya melihat sudah pasti penonton hadir untuk memberi sokongan acara itu. Itu belum termasuk promosi banner, bunting, billboard dan radio serta TV. Penganjur sendiri target 25,000 pengunjung akan hadir ke program selama dua hari itu (24-25 September 2016). Maknanya acara ini memang diadakan untuk tatapan para penonton, pelancong dalam dan luar negeri yang berkunjung ke Kuantan... Bila ada kes begini, mereka salahkan penonton yang hadir kononnya lokasi kejadian kawasan larangan pula", dakwa beliau.



Beliau turut bertanya penganjur, jika di situ (tempat kejadian) bukan kawasan penonton maka di mana lokasi yang dikhaskan untuk penonton?.

"Saya melihat sendiri pelan lokasi tapak dan khemah yang disediakan, tiada langsung lokasi yang di tanda untuk khemah penonton... khemah VVIP ada... apakah penonton mahu dibiarkan berdiri dalam kepanasan?. Di kawasan Komplek SUKPA, situ lagi bahaya sebab banyak selekoh maut dan bercerun... malah tempat juga sempit kerana ada gerai pamera serta kawasan service park peserta kejohanan. Mana ruang untuk penonton?. Kenapa tiada dalam pelan tapak?".



"Keduanya, mana papan tanda arah untuk penonton pergi ke kawasan penonton (jika ada pun). Kenapa  Marshall dan anggota RELA yang bertugas tidak diberi arahan supaya mengarahkan penonton berrada di kawasan yang dibenarkan?. Jika pun ada yang degil, kenapa mulakan perlumbaan?. Kenapa tak tunggu sehingga arahan berpindah ke lokasi dibenarkan di buat..  Mana pergi interaksi antara petugas dengan penganjur?. Perlumbaan boleh ditunda sebenarnya jika masalah penonton tidak mahu berganjak... alangkan isu penonton semasa perlawanan bolasepak antara Sukad Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) yang kecoh di Stadium Darul Makmur dulu pun boleh ditunda... selepas penonton berlebihan dalam stadium..  Itu baru acara bolasepak yang bahayanya tidaklah sehebat perlumbaan kereta Go-Kart sebenarnya", katanya lagi.

Lain-Lain kesalahan penganjur dokumen dan video sila baca di blog eksklusfi Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) di www.angkaraterjah.blogspot.my #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top