Tun Dr Mahathir Dan Anwar Buat Kenyataan Bersama Bidas Najib

PETALING JAYA: Dua minggu selepas pertemuan bersejarah mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan bersama pertama mereka membidas Datuk Seri Najib Razak kerana memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kita perhatikan hampir semua institusi utama negara seperti polis, SPRM, Peguam Negara dan Bank Negara telah pun dikuasai sepenuhnya oleh beliau,” kata kedua-dua tokoh yang pernah mengetuai pentadbiran kerajaan pada 1990-an itu.
Ia merupakan kenyataan pertama mereka susulan pertemuan di Mahkamah Tinggi pada 5 September, 18 tahun selepas Anwar dipecat Dr Mahathir sehingga mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir berkata beliau hadir memberikan sokongan kepada Anwar, yang mahu mencabar pelaksanaan Akta MKN yang dikritik hebat kerana memberikan kuasa luas kepada perdana menteri.
Dalam kenyataan mereka hari ini, Dr Mahathir dan Anwar berkata Akta MKN menidakkan hak sesiapa yang terbunuh “sama ada pegawai atau orang awam diperiksa (post-mortem) untuk menentukan sebab-sebab kematian berlaku” walaupun terjadi salah-laku.
“Akta ini telah mengenepikan langsung kuasa dan peranan yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu penting keselamatan dan kebebasan rakyat Negara ini.
“Oleh kerana krisis negara inilah kami bersama dengan rakyat menentang akta ini dan membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat dan memajukan semula negara tercinta kita ini,” kata mereka. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]