pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Dr Mahathir Dan Anwar Ibrahim Bertemu Selepas 18 Tahun
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin membuat kejutan apabila buat pertama kali bersemuka dengan D...

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin membuat kejutan apabila buat pertama kali bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lebih 18 tahun tidak bertemu.
Kali terakhir kedua-duanya dilihat bersama pada September 1998 selepas Dr Mahathir yang ketika itu merupakan perdana menteri memecat Anwar yang menjadi timbalannya.
Anwar dipecat pada 2 September 1998 berikutan dakwaan salah laku seks.
Pertemuan bersejarah itu berlaku apabila Dr Mahathir hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan permohonan injuksi sementara yang difailkan oleh Anwar bagi menghalang pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara.
“Pertemuan pertama selepas 18 tahun 2 hari... sejak 3 September 1998,” demikian menurut ‘posting’ Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di akaun Facebook milik ketua pembangkang itu pada petang Isnin.

Beberapa gambar Dr Mahathir dan Anwar dilihat bersalaman turut dimuat naik. 
Kedua-duanya dilihat memberikan senyuman mesra semasa bertegur sapa di mahkamah.
Dr Mahathir yang bukan lagi ahli Umno kini menerajui usaha penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti politik yang bakal memberi saingan kepada Barisan Nasional (BN) bersama gabungan pembangkang lain pada pilihan raya umum nanti. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top