Tun Dr Mahathir Mengadap Agong, Serahkan Deklarasi Rakyat

PETALING JAYA: Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi menyerahkan 1.4 juta tandatangan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Pertemuan itu disahkan pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof ketika dihubungi.

“Beliau membawa satu set ‘dokumen’,” katanya.
Dr Mahathir pergi mengadap baginda di Istana Anak Bukit di Alor Setar, Kedah pada jam 4.30 petang dengan ditemani bekas Naib Pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Menurut Khairuddin, bekas perdana menteri dan Agong berbincang selama satu jam 15 minit dalam pertemuan itu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]