pahangdaily pahangdaily Author
Title: Usah Perbesarkan "Aksi Spontan" MB Pahang Semasa Sidang DUN !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Tindakan Menteri Besar Pahang  Datuk Seri Adnan Yaakob menanggalkan kasut dan mengangkat kaki,  kemudian meletakkan pen di ce...

KUANTAN: Tindakan Menteri Besar Pahang  Datuk Seri Adnan Yaakob menanggalkan kasut dan mengangkat kaki,  kemudian meletakkan pen di celah jari kaki di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang baru-baru ini, bukanlah isu besar yang perlu digembar-gemburkan oleh rakyat.


Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) ketika dihubungi PDO hari ini. Beliau berkata, banyak lagi isu-isu rakyat yang lebih besar dan perlu diberi perhatian sebenarnya.

"Saya melihat, apa yang dilakukan oleh Adnan itu adalah secara spontan dan bukan berniat untuk menjatuhkan imej mana-mana pihak. Dia nak buktikan tahap kesihatannya terbaik.. sebab tu dia boleh angkat kaki dan letakkan pen dicelah jari kaki. Saya sendiri belum tentu dapat lakukannya... mungkin tahap kesihatan Adnan lebih baik dari saya gamaknya", kata Shukri.

"Walau pun saya tidak berada dalam Sidang DUN Pahang (kalah pilihanraya), tapi saya senantiasa memantau perbahasan dan perdebatan yang berlangsung. Saya melihat aksi Adnan itu bukanlah isu yang harus diperbesarkan... namun mungkin bagi pembangkang, ia melihat dari konteks yang berbeza" 

"Bagi NGO seperti kami, kita lebih selesa melihat perbahasan secara berhemah dan ilmiah berjalan di DUN.. benda remeh temeh seperti itu tidak menjadi keutamaan bagi kami.. Namun, Adnan mungkin tidak sedar perkara ini jadi heboh di media sosial gara-gara tindakan tersebut.. elok beliau tidak ulangi lagi benda-benda yang boleh menimbulkan kontroversi seperti itu pada masa akan datang", tambah Shukri lagi.

Aksi Menteri Besar Pahang mendapat perhatian ramai selepas video rakaman di Sidang DUN Pahang dirakam dan disebarkan oleh pihak-pihak tertentu baru-baru ini. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top