pahangdaily pahangdaily Author
Title: WSJ Bertindak Seperti Ahli Politik, Patut Letak Calon Bertanding PRU
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia tidak harus terpengaruh denga...

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia tidak harus terpengaruh dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) kerana tindakannya secara berterusan menyerang urusan politik Malaysia, jelas tidak berlandaskan prinsip kewartawanan.

Beliau berkata sebaliknya, WSJ telah menunjukkan sikap angkuh dan visi terpesongnya mengenai Malaysia dan jika rakyat Malaysia menerimanya bulat-bulat, ia akan menghakis keharmonian, kestabilan dan kemakmuran negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Beliau berkata laporan WSJ kini tidak pun mempunyai maklumat baharu dan mereka hanya mengulangi berita lama dan mengumpulkan semula tuduhan-tuduhan tanpa bukti yang telah mereka laporkan sebelum ini.

"Mereka tidak berbuat apa-apa pun untuk mewajarkan tuduhan yang mencemarkan itu selain memetik sumber yang tidak dinamakan dan dokumen yang secara misterinya didakwa hanya WSJ yang telah bercakap dan melihatnya.

"Sumber dan dokumen ini mungkin tidak wujud, atau mungkin daripada musuh-musuh serta tidak lengkap ataupun salah," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Salleh juga berkata liputan WSJ mengenai Malaysia telah menjadi seperti terdesak dan keterlaluan, sehingga mengabaikan prinsip berasaskan fakta yang diamalkan kewartawanan bebas dan bertindak sama seperti blog yang memihak - alat yang menurut telunjuk kuasa yang bermotifkan politik.

"Mereka bertindak seperti ahli politik, tukang kempen dan bukan sebagai media bebas atau kredibel," katanya.

Oleh itu, katanya, memandangkan minat WSJ dan kecenderungannya yang mendalam terhadap hal ehwal politik negara ini, WSJ patut mengemukakan calon untuk bertanding di Malaysia pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga berkata adalah jelas akhbar Amerika Syarikat itu dan mereka yang memberikan maklumat bagi kepentingan peribadi seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan proksi beliau, mahu mempengaruhi proses politik Malaysia dan menentukan sendiri siapakah yang layak mentadbir negara.

Salleh turut menambah bahawa zaman 'yang kuat itu betul' dan zaman menurut telunjuk penjajah telah berakhir.

Salleh berkata Malaysia tidak akan tunduk kepada sesiapa, terutama media neocon (kolonialisme) seperti WSJ yang memaksa campur tangan asing yang membinasakan di negara-negara Islam seperti Iraq, dan menambah kata bahawa mereka yang secara tidak langsung bertangggungjawab dalam mencetuskan kematian, kemusnahan dan ketidakstabilan.

"Rakyat Malaysia lebih mengetahui cara untuk mentadbir negara sendiri dan mengekalkan kestabilan.

"Kami akan pastikan hanya rakyat Malaysia yang akan menentukan masa depan negara kami, melalui peti undi iaitu sebahagian daripada proses demokrasi," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top