pahangdaily pahangdaily Author
Title: Aktivis Swiss Desak DiCaprio Pulangkan Wang Milik Rakyat Malaysia
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
LONDON: Kumpulan aktivis berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fond mendesak pelakon Leonardo DiCaprio memulangkan semula AS$25 jut...
LONDON: Kumpulan aktivis berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fond mendesak pelakon Leonardo DiCaprio memulangkan semula AS$25 juta yang diperoleh menerusi filem “Wolf of Wall Street” kepada rakyat Malaysia.
Kumpulan itu turut mendesak DiCaprio menarik diri sebagai duta keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk perubahan iklim.
“DiCaprio kurang layak untuk peranan seperti itu,” kata pengarah eksekutif kumpulan itu, Lukas Straumann yang mendakwa DiCaprio dan yayasannya menerima manfaat daripada pembabitannya dengan Jho Low dan Riza Aziz, menerusi sumbangan lebih AS$2 juta yang diterima yayasan itu.
“Dia berhutang dengan rakyat Malaysia akauntabiliti terhadap ikatan kewangannya bersama Jho Low dan Riza Aziz,” katanya.
Bruno Manser Fond dinamakan sempena aktivis Switzerland yang hilang di hutan Sarawak ketika tinggal bersama puak Penan dan aktif memperjuangkan isu membabitkan hutan hujan Sarawak dan hak masyarakat Orang Asli.
Sidang akhbar di London itu turut dihadiri wakil C4, Sudhagaran Stanley dan Pengarah Sarawak Report, Clare Rewcastle.
DiCaprio berada di London untuk tayangan perdana dokumentari perubahan iklim bertajuk “Before the Flood”.
Beliau dijemput ke sidang akhbar itu tetapi penganjur nampaknya tidak menganggap beliau akan datang, secara simboliknya meletakkan gambarnya di kerusi kosong. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top